Saman pkr.
Good bye.
Cerita dongeng.
Sakit hati.
Doctors are human.
Melayu screw Melayu.
Ustaz akhir zaman.
Invisible man.
6
Jauhi 6 Perkara Yang Boleh Mengurangkan Atau Menghapuskan Pahala Puasa Kita
BULAN Ramadan ini setiap muslim memiliki kewajiban untuk menjalankan puasa dengan menahan lapar dan dahaga mulai dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari. Namun ada di antara kaum muslimin yang melakukan puasa, dia tidaklah mendapatkan apa-apa pahala kecuali lapar dan dahaga saja
Nabi SAW bersabda :
رُبَّ صَائِمٍ حَظُّهُ مِنْ صِيَامِهِ الجُوْعُ وَالعَطَشُ
“Betapa ramai orang yang berpuasa namun dia tidak mendapatkan dari puasanya tersebut kecuali rasa lapar dan dahaga.”
(HR. Ath Thobroniy dalam Al Kabir dan sanadnya tidak mengapa. Syaikh Al Albani dalam Shohih At Targib wa At Tarhib no. 1084 mengatakan bahwa hadis ini sahih ligoirihi –yaitu sahih dilihat dari jalur lainnya).
Perkara-perkara yang boleh mengurangkan atau menghapuskan pahala puasa adalah seperti berikut :
- Berdusta (Az- Zuur)
Berkata Dusta (az zuur)
Inilah perkataan yang membuat puasa seorang muslim boleh jadi sia-sia, hanya merasakan lapar dan dahaga saja.
Dari Abu Hurairah, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
مَنْ لَمْ يَدَعْ قَوْلَ الزُّورِ وَالْعَمَلَ بِهِ فَلَيْسَ لِلَّهِ حَاجَةٌ فِى أَنْ يَدَعَ طَعَامَهُ وَشَرَابَهُ
“Barangsiapa yang tidak meninggalkan perkataan dusta malah mengamalkannya, maka Allah tidak perlu dari rasa lapar dan haus yang dia tahan.”
(HR. Bukhari no. 1903).
Apa yang dimaksud dengan az zuur? Imam As Suyuthi mengatakan bahawa az zuur adalah berkata dusta dan menfitnah (buhtan).
(Syarh Sunan Ibnu Majah, 1/121, Maktabah Syamilah)
- Berkata lagwu (sia-sia) dan rofats (kata-kata mencarut/ maki hamun )
Amalan yang membuat puasa seseorang menjadi sia-sia adalah perkataan lagwu dan rofats.
Dari Abu Hurairah, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
لَيْسَ الصِّيَامُ مِنَ الأَكْلِ وَالشَّرَبِ ، إِنَّمَا الصِّيَامُ مِنَ اللَّغْوِ وَالرَّفَثِ ، فَإِنْ سَابَّكَ أَحَدٌ أَوْ جَهُلَ عَلَيْكَ فَلْتَقُلْ : إِنِّي صَائِمٌ ، إِنِّي صَائِمٌ
“Puasa bukanlah hanya menahan makan dan minum saja. Akan tetapi, puasa adalah dengan menahan diri dari perkataan lagwu ( sia-sia) dan rofats (mencarut /maki hamun)
Nabi SAW bersabda maksudnya, “Apabila ada seseorang yang mencelamu atau berbuat usil padamu, katakanlah padanya, “Aku sedang puasa, aku sedang puasa”
(HR. Ibnu Majah dan Hakim. Syaikh Al Albani dalam Shohih At Targib wa At Tarhib no. 1082 mengatakan bahawa hadis ini sahih)
Apa yang dimaksud dengan lagwu?
Dalam Fathul Bari (3/346), Al Akhfasy mengatakan,
اللَّغْو الْكَلَام الَّذِي لَا أَصْل لَهُ مِنْ الْبَاطِل وَشَبَهه
“Lagwu adalah perkataan sia-sia dan yang tidak berfaedah”
Lalu apa yang dimaksudkan dengan rofats?
Dalam Fathul Bari (5/157), Ibnu Hajar mengatakan,
وَيُطْلَق عَلَى التَّعْرِيض بِهِ وَعَلَى الْفُحْش فِي الْقَوْل
“Istilah Rofats digunakan dalam pengertian ‘kiasan untuk hubungan badan’(lelaki dan wanita) dan semua perkataan keji.”
- Marah
Perkara yang boleh mengurangkan atau menghapuskan pahala puasa adalah marah. Seperti yang kalian tahu bahawa, marah adalah penanda bahawa seseorang tidak boleh menahan hawa nafsunya.
Hadis Nabi SAW
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم، قال: “لَيْسَ الشَّدِيدُ بِالصُّرُعة، وَلَكِنَّ الشَّدِيدَ الَّذِي يَمْلِكُ نَفْسَهُ عِنْدَ الْغَضَبِ”.
“Dari Abu Hurairah ra dari Nabi SAW. yang telah bersabda:” Orang yang kuat itu bukanlah kerana jaguh gusti, tetapi orang kuat ialah orang yang dapat menahan dirinya di kala sedang marah.”
(HR Bukhari dan Muslim).
- Berbicara kotor dan mencela peribadi orang lain
Berbicara kotor tidak terbatas kepada kata kata kotor saja, namun juga boleh berkembang menjadi bergosip yang tidak ada gunanya, menokok tambah cerita negatif peribadi orang lain.
Dari Abdillah ibn Mas’ud. Nabi shallallahu alaihi wa sallam bersabda maksudnya, “Seorang mukmin bukanlah orang yang suka mencela, melaknat, berperangai buruk, dan mengucapkan ucapan yang kotor.”
(Hadis Riwayat AtTirmidzi dan Ahmad)
- Melihat wanita bukan mahram dengan hawa nafsu
Tentunya melihat wanita yang bukan mahram dengan hawa nafsu merupakan salah satu hal yang boleh mengurangi pahala puasa.
Firman Allah SWT
قُلْ لِلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ۚ ذَٰلِكَ أَزْكَىٰ لَهُمْ ۗ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ
“Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat”.
(Surah An-Nur Ayat 30)
- Mengumpat atau memfitnah.
Firman Allah SWT
وَيْلٌ لِّكُلِّ هُمَزَةٍ لُّمَزَةٍۙ
“Celakalah bagi setiap pengumpat dan pencela.”
(Surah Al-Humazah ayat 1).
Firman Allah SWT
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ
“Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan pra-sangka (kecurigaan), kerana sebagian dari pra-sangka itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seorang diantara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.”
(Surah Al-Hujurat Ayat 12)
Rasulullah SAW bersabda, “Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah,”
(HR. Bukhari dan Muslim).
Mengumpat dan memfitnah adalah termasuk dosa besar jika seorang muslim itu berpuasa sedangkan dia suka mengumpat dan membuat futnah maka sia- sialah pahala puasanya.
Oleh itu jauhi 6 perkara yang boleh menyebabkan pahala puasa seseorang berkurangan atau menjadi sia- sia.
Dengar nasihat Jabir bin ‘Abdillah menyampaikan nasihat yang sangat baik kepada mereka yang berpuasa :
“Seandainya kamu berpuasa maka hendaknya pendengaranmu, penglihatanmu dan lisanmu turut berpuasa dari dusta dan hal-hal haram serta janganlah kamu menyakiti tetangga. Bersikap tenang dan berwibawalah di hari puasamu. Janganlah kamu jadikan hari puasamu dan hari tidak berpuasamu sama saja.”
(Lihat Latho’if Al Ma’arif, 1/168, Asy Syamilah)
Wassalam.
Wallahua’lam
Jauhi6PerkaraYangBolehKurangkanPahalaPuasa
SuaraPrihatin
Ramadan1443
